Friday 17 June 2011

Apa HUKUM dan KESAN ketawa berdekah-dekah ?

Salam dan Selamat Sejahtera.
Sempena Pertandingan Maharaja Lawak yg telah diadakan di Stadium Tertutup MBJB, jam 10 malam ni, Dengar-dengar ramai yang pergi ea? Yelah benda bukan selalu buat kat JB ye tak? Free pulak tu, sampai sanggup amek cuti hari JUMAAT semata-mata untuk tengok ML tu. Ye aku tahu semua orang suka ML, aku pon suka, sebab seronok tengok gelagat-gelagat dan sketsa setiap peserta dalam acara tersebut, tapi kan sesekali aku ada terfikir la serba sedikit tentang apa sebenarnya motif Maharaja Lawak ni diadakan. Aku tahu rata-rata umat manusia akan jawab ianya sekadar hiburan, begitu jugak aku.Contohnya kalau aku la di "interview" secara langsung LIVE kat TV, secara spontan pon aku akan jawab benda yang sama, sebab bagi aku itu adalah jawapan yang paling bernas, logik dan rasional.

Sini aku nak kongsi sikit pasal ape yang aku dah baca kat http://idhamlim.blogspot.com, mungkin dah ramai yang tahu, tapi tak mengapa sebagai ingatan bagi aku dan juga saudara yang lain, InsyaAllah.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).




Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.


Ya ! Terus terang aku nyatakan, semua orang suka ketawa, dan pernah juga aku terbaca dari sebuah artikel yang menyatakan bahawa Tabiat ketawa boleh menjadikan kita AWET MUDA, aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Ada satu lagi yang aku copy dari blog http://chekguisza.blogspot.com :


"Mengikut kajian.. ketawa yang berlebihan akan memutuskan urat ingatan. Itu sebabnya.. orang gila suka ketawa. (Urat ingatannya telah berkurangan).

Kalau difikirkan dari segi logik.. ada benarnya juga. Kita akan lupa untuk mengingati sesuatu (seperti perkara penting atau barang yang disimpan) selepas kita ketawa secara berlebihan. Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari.. ianya akan hilang jika kita ketawa melampau !! "

Baiklah, aku rasa itu sahaja yang boleh aku kongsikan untuk saudara semua, sekiranya ada salah dan silap mintak ditegur kerana saya BUDAK BARU BELAJAR, bukan untuk sesiapa, untuk kita, juga untuk ingatan saya sekiranya saya khilaf dan mungkin lalai pada suruhanNya, Wallahua'lam. Terima kasih kepada yang sudi membaca !


3 comments: