Thursday 30 June 2011

Kenapa Ada Rasa Macam Ini ?

Setiap manusia ada perasaan, tidak kira sama ada Lelaki mahupun Perempuan.
Sentiasa ingin dihargai, dingati dan disayangi.
Memang tak dapat disangkal, setiap manusia mempunyai perihalnya sendiri,
Tua mahupun muda,
Nakal, malas, ego dan cemburu mewarnai kehidupan.
Yang bercinta lebih-lebih lagi.
Ya, aku akui aku manusia biasa, Bercinta juga.
Aku? Ingin dihargai? PASTI
Aku? Ingin didengari? PASTI
Aku? Ingin disayangi? PASTI

Dalam bercinta, ada 2 HATI
Mesti serasi,
Tiada Sangsi,
Saling memahami.
Apa semua ni?
Baiklah, terus terang. Tidak boleh berat sebelah,
Kalau kau betul-betul sedia, barulah bercinta, kalau tidak, merana. Heh,

Dalam bercinta, ada 2 HATI,
Satu hidup Satu Mati,
Tak boleh begini,
Pati tak menjadi.
Sangsi pasti ada, bohonglah kau kalau tiada.
Aku pun bercinta juga.


P/S : Baiklah, curahan hati ini bukan aku tujukan pada sesiapa, jangan ada yang terasa ye. ;D
Aku rasa tak enak kalu macam ni, sebenarnya aku tak dapat nak lelapkan mata saja, mungkin kerana terlalu memikirkan tentang sesuatu, lebih tepat lagi seseorang.
Ya, seseorang yang selalu buat aku tersenyum.
Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Amin.

No comments:

Post a Comment